Aishah (penyanyi)


Wan Aishah Wan Ariffin
وان عاءشة بنت وان عارفين

Kelahiran
Wan Aishah binti
Wan Ariffin

(1965-01-03) 3 Januari 1965
PendidikanIjazah Sarjana (Sains Politik) (Master's Degree)
Ijazah Sarjana Muda (Perkembangan Awal Kanak-Kanak) (Bachelor's Degree)
Pusat pendidikanUniversity of Auckland
Pekerjaan
Tahun aktif1983–kini
Anak-anak2
IbuKamariah binti
Dato' Ujang
BapaWan Ariffin bin
Pawan Teh
Kerjaya muzik
GenrePop . Pop Rock . Dance-Pop . Balada . Klasik Tradisional . Irama Malaysia . Etnik Kreatif . Nasyid
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Aishah discography (en)
Syarikat rakamanCBS (1984-1996)
BMG (1990-2004)
Sony BMG (2004-2008)
Sony Music Entertainment Malaysia (1990-kini)
Kegiatan berkaitanFan Club, Adnan Abu Hassan, Adam Ahmad, Habsah Hassan, Jari Idris, Malek Ridzuan, Ahmad Jais, Dato' M Nasir

Dato' Wan Aishah binti Wan Ariffin (Jawi: وان عاءشة بنت وان عارفين ; lahir 3 Januari 1965) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan ahli politik Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik bersama kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenali seluruh dunia sebelum meneruskan kerjaya solo di tanahairnya. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu "Don't Make Me Fall Alone" pada tahun 1990. Setelah beliau tidak lagi bersama Fan Club, Aishah pulang ke Malaysia dan meneruskan kerjaya muzik solo sekaligus dikenali sebagai salah seorang lagenda pop negara dengan deretan lagu-lagu hits dan album terlaris. Pada tahun 2011, beliau terjun ke dunia politik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen di Jempol pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.