Anugerah Juara Lagu

Anugerah Juara Lagu
Semasa: Anugerah Juara Lagu ke-39
Logo Anugerah Juara Lagu
JenisRancangan televisyenanugerah
PeneranganPrestasi dalam industri muzik
Negara Malaysia
Disampaikan olehTV3
Kali pertama30 Disember 1986
Kini dipegang oleh"Hening Rindu"
Nyanyian: Marsha Milan
Muzik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Lirik: Ikhwan Fatanna
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayanganKira-kira 3 jam
Diterbitkan olehPrimeworks Studios
sunting ยท sunting di Wikidata

Anugerah Juara Lagu, atau yang biasa dikenali dengan akronim AJL, ialah pertandingan muzik tahunan yang popular di Malaysia, dianjurkan oleh TV3 sejak 1986. Ia menampilkan gubahan muzik dan lirik terbaik setiap tahun ia diadakan. Calon-calon diperoleh daripada senarai lagu-lagu yang kebanyakannya berbahasa Melayu yang telah mendapat undian terbanyak dalam Muzik Muzik sepanjang tahun, dan kemudian mara ke separuh akhir, yang mana dua belas lagu akan dicalonkan oleh panel hakim untuk menjadi pemenang Juara Lagu.

AJL lebih memberikan penghormatan kepada komposer dan penulis lirik lagu dan bukannya artis yang membuat persembahan.