Al Jawaher

Al-Jawaher
Album kumpulan Al-Jawaher.jpg
Maklumat latar belakang
Asal Singapura
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1979-kini
Syarikat rakamanPolygram
Kegiatan berkaitanM. Nasir
Al Mizan
Anggota semasaNorhaiyati Yusop
Habibah Othman
Siti Rusminah Jaafar
Siti Hajar Mohamad (adik M. Nasir)
Normala Mohamad (adik M. Nasir)
sunting ยท sunting di Wikidata

Al-Jawaher merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan berasal dari Singapura. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Kumpulan Al-Jawaher pada asalnya merupakan sekumpulan wanita muda yang sama-sama belajar mengaji dan berzanji di Singapura dengan sepasang suami isteri, Ustaz Haji Md Karim dan Ustazah Hamidah Haji Shukor. Ustaz Haji Md Karim mengajar pelajaran Agama Islam sementara isterinya mengajar mengaji Al-Quran dan berzanji.

Ustaz Haji Md Karim merupakan orang yang memberi cadangan kepada mereka supaya menubuhkan kumpulan nasyid kerana beliau tertarik mendengar mereka berzanji. Beliau kemudiannya memperkenalkan mereka kepada komposer M. Nasir yang pada waktu itu bekerja di Polygram Records.