Merah (filem)

Merah
Poster keluaran tayangan, direka bentuk oleh Mohd Foad Hassan.
PengarahM. Nasir
Penulis
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJamaluddin Maarif
Disunting oleh
  • Md Deris Hashim
  • Raja Jamaluddin
Muzik olehM. Nasir
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
19 Disember 1996
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.1 juta
Pecah panggungRM 1.5 juta

Merah ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 1996 arahan dan skrip oleh pemuzik tersohor negara, M. Nasir dalam penampilan sulungnya di kerusi pengarah. Dibintangi oleh Awie, Ziana Zain dan M. Nasir sendiri, filem ini berkisarkan tentang Merah yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana terbabit dalam kes rompakan bersama dua rakannya. Selepas dibebaskan, dia bertemu dengan Kasih dalam program kaunseling. Kasih memberi kekuatan dan keazaman baharu kepada Merah untuk mengubah hidupnya. Filem ini ditayangkan pada 19 Disember 1996 dan menerima ulasan positif.