Marlia Musa


Marlia Musa
Marlia ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 14 April 2015.
Kelahiran (1969-06-12) 12 Jun 1969
PekerjaanPelakon, pelawak, penggiat teater, pensyarah
Tahun aktif1980–kini
PasanganM. Nasir (k. 2000)
Anak-anak6 (termasuk 5 anak tiri)
IbuZaiton Shamsudin
BapaMusa Mohd Amin
KeluargaMaiza Musa (kakak)
Nurul Ashikin Musa (adik)

Datin Hajah Marlia binti Musa (lahir 12 Jun 1969) ialah seorang pelakon, penggiat teater, pelawak dan pensyarah Malaysia. Beliau mula diperkenalkan di layar perak menerusi filem Sesejuk Air Mata Ibu dan popular menerusi watak Ana dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai pensyarah ASWARA. Beliau merupakan anak kepada pelakon Musa Mohd Amin Al Bakri yang telah meninggal dunia pada 12 Julai 1979 pada usia 37 tahun.