Bob Lokman

Bob Lokman
Bob Lokman memberi ceramah agama.
Kelahiran
Mohd Hakim bin Lokman

(1964-04-15)15 April 1964
Meninggal dunia23 September 2022(2022-09-23) (umur 58)
Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
Sebab kematianKomplikasi Jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian, Kelantan
PendidikanSekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Kajang, Selangor
PekerjaanPenggubah lagu, penulis lirik, pelawak, pengacara, pelakon, penceramah agama, penulis buku, ahli politik
Tahun aktif1984–2011
Terkenal kerana"Isabella"
Parti politikPAS
PasanganRelawati Daud (k. 2004–2022)
Anak-anak8 (seorang meninggal dunia)
BapaLokman Ahmad (bapa)
SaudaraAhmad Maher Ismail (datuk saudara)
Kerjaya muzik
GenreBalada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock

Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman (15 April 1964 – 23 September 2022) merupakan bekas pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik Malaysia. Beliau juga ialah penceramah agama dan politik di pentas PAS. Namanya melonjak naik selepas dikenali sebagai penulis lirik lagu popular "Isabella" nyanyian Search. Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.