Rahim Maarof
Rahim Maarof | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Abdul Rahim bin Maaruf |
| Juga dikenali sebagai | Rahim Maarof |
| Kelahiran | 24 September 1955 Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Asal | Malaysia |
| Warganegara | Persekutuan Tanah Melayu |
| Genre | Hard rock , Heavy Metal, Pop |
| Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penerbit, pencari bakat, pelakon |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 1975 - kini |
| Diskografi | Lihat: Rahim Maarof discography (en) |
| Syarikat rakaman |
|
| Anggota bagi | Kumpulan Rahim Maarof & Whitesteel |
| Kegiatan berkaitan | M. Nasir, Rahim Maarof & Whitesteel |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Anak | 3 |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Rahim Maarof (lahir Abdul Rahim Maaruf; 24 September 1955) merupakan penyanyi rock, komposer, pelakon, penerbit dan ahli muzik yang berpengaruh di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Beliau mendominasi industri muzik pada awal 1980-an menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Kini Aku sendiri, Hanya dalam mimpi, Syakila, Jangan Kau Rayu, Cinta Kristal, Falsafah Cinta dan banyak lagi lagu lagu terbaik dari beliau malah digelar antara penyanyi rock terbaik dengan gelaran oleh peminat peminat dan pengemar nya sebagai 'The Godfather of Rock' Rahim memulakan kariernya menerusi pembabitan secara underground pada era muzik rock di Malaysia pada awal tahun 70an. Beliau seterusnya mengecapi populariti setelah membuat persembahan bersama kugirannya yang dibentuk pada tahun 1985 iaitu Whitesteel yang juga menyertai siri Battle of the Bands. Kemuncak popularitinya bermula satelah kembali semula ke dunia industri rakaman album penuh dengan lagu Cinta Kristal dari album Kristal meledak di pasaran pada tahun 1988. Kerjaya muzik beliau melebih 40 tahun hingga ke hari ini serta meninggalkan impak yang cukup besar kepada industri hiburan tanah air.