Search (kugiran)
Search | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai | Flash (1977–1981) |
| Asal | Johor, Malaysia |
| Genre | Rock and Roll, Glam rock, Hard rock, Heavy metal, Rock kapak, Pop rock, Soft rock |
| Tahun aktif | 1981–kini |
| Diskografi | Lihat: Search discography (en) |
| Syarikat rakaman | Polygram Records (1984—1987) BMG Music (1989—2001) LIFE Records (2006) |
| Kegiatan berkaitan | Amy, M. Nasir, Loloq, Wings, S. Amin Shahab, Bob Lokman |
| Anggota semasa |
|
| Bekas anggota | Lihat Bekas Anggota |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | duniasearch.com.my |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Search ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor irama Rock & Roll atau muzik rock dan heavy metal dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak ditubuhkan pada Mei 1981 yang diketuai oleh dua orang Amy dan Yazit Ahmad, kugiran ini telah menghasilkan lebih 12 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, ratusan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah berdekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Zainal (penyanyi dan gitar irama), Hillary Ang (gitar utama), Memek (gitar bes), Susan Lankester (keyboard) dan Yazit Ahmad (dram dan penyanyi) dimana Yazit, Zainal dan Hillary merupakan merupakan pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan SMK Hulu Kelang (dahulunya sebagai SMK Holy Infant Jesus Convent). Namun jumlah anggota itu telah berubah apabila beberapa anggota bersilih ganti. Barisan Yazit, Hillary, Amy, Nasir dan Din adalah barisan yang telah mengambil jangka masa yang lama dalam menganggotai kumpulan ini dimana kumpulan ini telah mencapai segala kegemilangan empat anggota asal yang bertahan sehingga kini yang masih belum lagi ada pemilik berkumpulan buat masa ini. Sejak jenama kumpulan Search diwujudkan, Amy adalah ketua utama dan artis kumpulan.