Laluan kereta api Pantai Barat
| Laluan Pantai Barat மலாயா மேற்கு கடற்கரை தொடருந்து வழித்தடம் (Tamil KTM West Coast railway line ( Inggeris) | |
|---|---|
Laluan Pantai Barat KTM di Stesen keretapi Kampar. | |
| Umum | |
| Jenis | |
| Status | Beroperasi |
| Lokasi | Semenanjung Malaysia |
| Terminal | Padang Besar Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands |
| Bersambung dari | Cawangan Padang Besar |
| Stesen | 121 |
| Perkhidmatan |
|
| Operasi | |
| Dibuka | 1 Jun 1885 |
| Siap dibina | 17 September 1923 |
| Ditutup | 1 Julai 2011 (Woodlands–Tanjong Pagar) |
| Pemilik | Keretapi Tanah Melayu |
| Pengendali | Keretapi Tanah Melayu |
| Depot |
|
| Teknikal | |
| Panjang aliran | 1,151 km (715 bt) |
| Bilangan landasan | 1 or 2 |
| Tolok landasan | metre |
| Pengelektrikan | 25 kV 50 Hz AC Talian katenari (Padang Besar – Gemas) |
Laluan kereta api Pantai Barat bermula dari stesen keretapi Padang Besar berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand di Perlis (di mana ia bersambung dengan Kereta Api Negara Thailand ) ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands di Singapura . Laluan ini dinamakan laluan kereta api Pantai Barat kerana laluan ini menyediakan perkhidmatan kepada negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia .
Laluan sepanjang 1,151 kilometer ini lebih sibuk daripada Laluan kereta api Pantai Timur kerana laluan ini mengendalikan pelbagai perkhidmatan kereta api penumpang seperti perkhidmatan KTM ETS, perkhidmatan KTM Antara Bandar, Ekspres Antarabangsa, KTM Komuter di Lembah Klang dan Greater Penang, dan kereta api barang. Daripada jumlah keseluruhan ini, 759 km adalah landasan berkembar dan berelektrik.
Stesen utama di laluan itu termasuk KL Sentral di Kuala Lumpur, Butterworth di Butterworth, Pulau Pinang dan JB Sentral di selatan di Johor Bahru .