KTM Antarabandar
| KTM Antarabandar ک.ت.م. انتاراباندر | |
|---|---|
Sebuah kereta api KTM Antarabandar di stesen kereta api Kuala Lipis, Pahang (sekitar tahun 2004) | |
| Umum | |
| Nama lain | Inggeris: KTM Intercity Cina: 马来亚铁道城际铁路 Tamil: கேடிஎம் இண்டர்சிட்டி |
| Status | Beroperasi |
| Lokasi | Semenanjung Malaysia |
| Stesen | 60 (Laluan Pantai Timur), 12 (Laluan Pantai Barat), 2 (Shuttle Tebrau) |
| Perkhidmatan | Ekspres Rakyat Timuran Ekspres Selatan Shuttle Tebrau Shuttle Timuran |
| Laman sesawang | https://www.ktmb.com.my/Intercity.html |
| Operasi | |
| Bermula | Sekitar 1960-an |
| Pengendali | Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) |
| Teknikal | |
| Tolok landasan | 1,000 mm tolok meter |
| Kelajuan operasi | 110 km/j (68 mph) |
KTM Antarabandar (bahasa Inggeris: KTM Intercity) merujuk kepada perkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel di Semenanjung Malaysia dan Singapura dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Terkini setakat tahun 2025, terdapat 4 jenis perkhidmatan yang disediakan iaitu Ekspres Rakyat Timuran antara JB Sentral dan Tumpat, Ekspres Selatan antara JB Sentral dan Gemas, Shuttle Tebrau antara JB Sentral dan Woodlands, Singapura, dan Shuttle Timuran antara Gemas dan Tumpat.