Seremban
Seremban
Soghomban Sungai Ujong | |
|---|---|
| Bandaraya Seremban | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | سرمبن |
| • Cina | 芙蓉 Fúróng (Hanyu Pinyin) Fùhyùhng (Perumian Kantonis Yale) Fu4 jung4 (Jyutping) |
| • Tamil | சிரம்பான் Cirampāṉ (Transliterasi) |
Latar langit pusat bandar raya Muzium Negeri Makam Tuanku Tambusai | |
Mohor | |
| Nama panggilan: S'ban, Bandaraya Beradat | |
| Cogan kata: Mampan, Bersih, Sejahtera | |
Lokasi Seremban di Negeri Sembilan | |
Seremban Seremban Seremban (Asia) | |
| Koordinat: 02°43′20″N 101°56′30″E / 2.72222°N 101.94167°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Negeri Sembilan |
| Daerah | Seremban |
| Luak | Sungai Ujong |
| Ditubuhkan | 1840 |
| Diiktiraf status bandaraya | 20 Januari 2020 |
| Pentadbiran | |
| • Ditadbir oleh | Majlis Bandaraya Seremban |
| • Datuk Bandar | Dato' Masri bin Haji Razali |
| Keluasan | |
| • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 959 km2 (370 batu persegi) |
| • Metro | 2,980 km2 (1,150 batu persegi) |
| Aras | 79 m (259 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 681,541 (Ke−10) |
| • Kepadatan | 489.00/km2 (1,266.51/batu persegi) |
| • Metro | 806,920 |
| • Demonim | Orang Seremban |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | Tidak tersedia |
| Poskod | 70xxx to 75xxx |
| Waktu suria | UTC + 06:46:48 |
| Kod panggilan kebangsaan | 06 |
| Nombor plat | Nxx (untuk semua kenderaan termasuk teksi) |
| ISO 3166-2 | MY-14 |
| Laman sesawang | www.mbs.gov.my |
Seremban (sebutan dalam loghat tempatan: Soghomban atau Somban; Jawi: سرمبن) adalah sebuah bandar raya yang terletak di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia. Terletak dalam daerah Seremban, Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan, dan juga merupakan bandar terbesar di negeri itu. Pentadbiran bandar raya dikelolai oleh Majlis Bandaraya Seremban.
Seremban merupakan bandar raya kesepuluh terbesar di Malaysia dan juga ibu negeri kelima paling ramai penduduk selepas Johor Bahru, Shah Alam, George Town dan Ipoh, dengan populasi sebanyak 681,541 orang setakat tahun 2020 (dianggarkan penduduknya seramai 944,828 orang pada 2021). Bandar raya ini juga merupakan sebahagian daripada kawasan Kuala Lumpur Raya, terletak kira-kira 55 kilometer (34 bt) ke selatan ibu negara Kuala Lumpur, 37 kilometer (23 bt) ke selatan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya.
Sejak 2015, Seremban menjadi sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia, sebuah zon ekonomi khas yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan, merangkap bandar utama bagi seluruh koridor berkenaan.