Port Dickson
Port Dickson
Podeksen Tanjung Kemuning | |
|---|---|
| Bandar Port Dickson | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | ڤورت ديكسن |
| • Cina | 波德申 Bōdéshēn (Hanyu Pinyin) Bōdāksān (Perumian Kantonis Yale) Bo1 dak1 san1 (Jyutping) Pho-tek-sin (Pe̍h-ōe-jī) |
| • Tamil | போர்டிக்சன் Pōrṭikcaṉ (Transliterasi) |
Dari atas, mengikut arah jam: Pemandangan pusat bandar dari udara, PD Waterfront, Pantai Cahaya Negeri, Tugu Peringatan Rejimen Askar Melayu Diraja, Pantai Teluk Kemang, menara jam | |
| Etimologi: John Frederick Dickson, Setiausaha Negeri-negeri Selat | |
| Nama panggilan: PD, Bandar Tentera Darat, Pantai Peranginan Negara | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Negeri Sembilan |
| Daerah | Port Dickson |
| Luak | Sungai Ujong |
| Ditubuhkan | 10 Jun 1889 |
| Pentadbiran | |
| • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson | Tuan Hasnor bin Abdul Hamid |
| • Ahli Parlimen Port Dickson | Dato Seri Aminuddin Harun |
| Penduduk (2010)[1] | |
| • Jumlah | 115,631 |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Laman sesawang | Majlis Perbandaran Port Dickson |
Port Dickson (sebutan dalam loghat tempatan: Podeksen; Jawi: ڤورت ديكسن; juga disingkat sebagai PD) adalah sebuah bandar peranginan pantai yang terkenal, terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan, selepas Seremban.
Berhadapan dengan Selat Melaka, Port Dickson menawarkan pantai-pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai-pantai yang ada di bandar ini termasuklah Teluk Kemang dan Tanjung Biru (Blue Lagoon).
Bersama-sama dengan Nilai dan Seremban, Port Dickson adalah sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia, iaitu sebuah kawasan pembangunan ekonomi yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan.