Stesen Abdullah Hukum

Abdullah Hukum
عبداللّٰه حكوم
LokasiStesen Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′7″N 101°40′22″E / 3.11861°N 101.67278°E / 3.11861; 101.67278
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Keretapi Tanah Melayu
Laluan2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang
5 Laluan Kelana Jaya
Platform4: 1 platform tengah dan 3 platform sisi
Trek5
Pengendali kereta api5 Rapid Rail (subsidiari Prasarana Malaysia)
2 Keretapi Tanah Melayu
Sambungan Rapid Bus: 750, 751, 772, 780, 781, 782, 821
Pembinaan
Jenis struktur5 Bertingkat
2 Atas tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesen KJ17 
Sejarah
Dibuka5 1 September 1998
2 28 Oktober 2018
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya     Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Stesen terakhir
Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang
(Waktu puncak sahaja)
menghala ke Tanjung Malim
Lokasi

Stesen Abdullah Hukum adalah stesen keretapi yang terletak di Bangsar, barat laut Kuala Lumpur. Stesen ini diberi nama sempena bekas kampung Melayu bernama Kampung Haji Abdullah Hukum yang kini terletaknya KL Eco City. LRT Laluan Kelana Jaya mula berkhidmat di stesen ini pada 1 September 1998 manakala KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang mula beroperasi pada 28 Oktober 2018.

Ia adalah stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan satu bahagian lagi Laluan Kelana Jaya. Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan. Sebuah jejambat masih dalam pembinaan untuk menghubungkan stesen ini dengan kompleks beli-belah The Gardens dan Mid Valley.