Keretapi Tanah Melayu

Keretapi Tanah Melayu Berhad
كريتاڤي تانه ملايو برحد
Nama asliInggeris: Malayan Railway
Cina: 马来亚铁道
Tamil: மலாயா தொடருந்து
Nama dahulu
  • Federated Malay States Railways
  • Malayan Railway
Jenis/bentuk sahSyarikat milik negara
Ditubuhkan1992 (1992)
Ibu pejabatKuala Lumpur,Malaysia
Tokoh pentingDatuk Mohd Rani Hisham bin Samsudin (Ketua Pegawai Eksekutif)
PerkhidmatanETS
KTM Komuter
KTM Intercity
KTM Kargo
DMU (Diesel Multiple Unit)
Tapak webwww.ktmb.com.my
sunting · sunting di Wikidata


Keretapi Tanah Melayu Berhad (singkatan: KTMB; Jawi: كريتاڤي تانه ملايو برحد) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia (West Malaysia). Sejarah KTMB bermula sejak era zaman penjajahan British lagi, ketika laluan kereta api dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong ke pelabuhan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad
كريتاڤي تانه ملايو برحد

Peta sistem
LokasiSemenanjung Tanah Melayu
Tarikh operasi
1885 (1885)
Tolok landasan
metre
Pengelektrikan25 kV 50 Hz AC
Panjang2,783 km (1,729 bt)
Ibu pejabat
Kuala Lumpur
sunting · sunting di Wikidata


Sebelum ini, KTMB dikenali sebagai Federated Malay States Railway (Bahasa Melayu: Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) dan Malayan Railways Administration (dalam bahasa Melayu: Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu). Pentadbiran ini mendapat nama "Keretapi Tanah Melayu" pada tahun 1962. Pada tahun 1992, KTM disyarikatkan walaupun masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

KTMB berkhidmat di lebih 100 stesen di 10 negeri Semenanjung Malaysia dan negara Singapura, di rangkaian landasan keretapi sepanjang 1,677 km. Semua landasan KTMB menggunakan tolok landasan meter (1,000 mm) dan kira-kira 700km landasan tersebut adalah dielektrikkan. Pada tahun fiskal 2018, KTMB berkhidmat dengan 39.5 juta penumpang dan 5.7 juta tan kargo.