Sundubu jjigae

Sundubu jjigae (순두부찌개) adalah jjigae (sup rebusan Korea) dalam masakan Korea. Hidangan itu dibuat dengan dubu (tauhu) lembut, sayur-sayuran, kadang-kadang cendawan, bawang, makanan laut (biasanya tiram, kepah, kerang dan udang), daging (biasanya daging lembu atau babi), dan gochujang (pes cili) atau gochu garu (serbuk cili). Hidangan yang dicampur dan dimasak secara langsung dalam bekas hidangan, yang secara tradisional diperbuat daripada porselin tebal dan teguh, tetapi boleh juga buat daripada batu pepejal. Telur mentah diletakkan dalam jjigae sebelum hidang (juga pilihan), dan hidangan itu disaji ketika masih mendidih. Hidangan ini biasanya dimakan dengan semangkuk nasi putih dan beberapa banchan (hidangan sampingan atau lauk).