Polis EVO

Polis EVO
Poster keluaran tayangan
PengarahGhaz Abu Bakar
Penulis
Lakon layar
  • Joel Soh
  • Kyle Goonting
  • Anwari Ashraf
  • Muhammad Adib Zaini
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHaris Hue Abdullah
Disunting olehNazim Shah
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 17 September 2015 (2015-09-17) (Malaysia)
Masa tayangan
124 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.4 juta
Pecah panggungRM 17.8 juta

Polis EVO merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2015 arahan Ghaz Abu Bakar dan lakon layar oleh Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Muhammad Adib Zaini. Ia dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Harun Salim Bachik, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini Mohd Noor dan Amerul Affendi. Filem ini merupakan filem pertama dalam siri filem Polis EVO, mengisahkan dua anggota polis berpangkat inspektor iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menumpaskan sindiket operasi pengedaran dadah. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 17 September 2015.

Polis EVO telah memenangi tiga daripada sepuluh pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28. Sehingga 2023, filem ini berada di tempat yang ke-15 di hadapan Ola Bola dan BoBoiBoy: The Movie didalam senarai filem tempatan dengan kutipan tertinggi. Kesinambungan filem ini, Polis EVO 2 ditayangkan pada 22 November 2018. Joel Soh dan Andre Chiew berkhidmat sebagai pengarah, menggantikan Ghaz. Zizan dan Sam masing-masing kekal sebagai teraju utama dengan penambahan pelakon baru termasuk Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia, Raline Shah.