Polis EVO (siri filem)

Polis EVO
Pengarah
Penulis
  • Joel Soh (1-3)
  • Kyle Goonting (1-3)
  • Anwari Ashraf (1-3)
  • Adib Zaini (1)
  • Salman Aristo (2)
  • Alfie Palermo (2)
  • Choong Chi-Ren (2)
  • Azhar Amirulhisyam (2)
  • Abhilash Chandra (3)
  • Bernice Low (3)
Cerita olehJoel Soh
Dihasilkan olehJoel Soh (1-3)
Dibintangi
Sinematografi
  • Harris Hue Abdullah (1)
  • Tan Teck Zee (2)
  • Jordan Chiam (3)
Disunting oleh
  • Nazim Shah (1-3)
Muzik oleh
  • Luka Kuncevic (1-2)
  • Paul Morrison (2)
  • Lo Shi Seng (3)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw (1-3)
Tarikh tayangan
  • 1: 28 Februari 2011
  • 2: 26 Januari 2012
  • 3: 26 Februari 2014
  • "4": 31 Ogos 2015
Masa tayangan
375 minit (13)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 16.04 juta
Pecah panggungRM 95.19 juta

Polis EVO ialah siri filem aksi Malaysia cetusan idea Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini; terbitan Astro Shaw. Siri filem ini terdiri daripada trilogi: Filem pertama diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar diterbitkan pada 2011, manakala filem kedua diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew, dan akhirnya, filem ketiga diarahkan oleh Syafiq Yusof. Shaheizy Sam dan Zizan Razak telah membintangi kesemua tiga-tiga filem tersebut.

Filem pertama merupakan satu kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM17.8 juta. Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2012, menjadi kejayaan dari segi kewangan apabila meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM22.45 juta. Filem ketiga pula diterbitkan pada 2023 dengan mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi filem kedua dalam sejarah Malaysia melepasi angka kutipan RM50 juta sekaligus menjadikan siri filem ini nombor 1 dalam angka kutipan siri filem-filem di Malaysia.