Wan Hanafi Su
Wan Hanafi Su | |
|---|---|
وان حنفي سو | |
| Kelahiran | Wan Hanafi bin Wan Su 30 Ogos 1950 |
| Pendidikan | Sijil Pendidikan; Sijil Seni Kreatif |
| Pusat pendidikan | Universiti Sains Malaysia (USM) |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1978–kini |
| Terkenal kerana | Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman |
| Pasangan | Sunarti Sunarto |
Wan Hanafi Wan Su (Jawi: وان حنفي وان سو; lahir 30 Ogos 1950) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada era 70-an dan sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon dalam lebih 100 drama dan 20 filem. Drama pertama beliau berjudul Wira pada 1978 iaitu drama pertama RTM berwarna. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.