Amerul Affendi

Amerul Affendi
Kelahiran
Mohd Amerul Affendi bin Mohd Mawardi

(1986-10-07) 7 Oktober 1986
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganYusma Laili Iskandar Mirza (k. 2012)

Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi (lahir 7 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem. Menerusi watak lakonannya sebagai Toyu dalam filem Terbaik dari Langit (2014), beliau memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.