Polis EVO 2

Polis EVO 2
Poster Rasmi Polis EVO 2
Pengarah
Penulis
  • Joel Soh
  • Kyle Goonting
  • Anwari Ashraf
  • Salman Aristo (bersama)
  • Mohammad Alfie Mohammad Johari Palermo (bersama)
  • Choong Chi-Ren (bersama)
  • Azhar Amirulhisyam (bersama)
Dihasilkan oleh
  • Joel Soh
  • Henry Tan (eksekutif)
  • Khairul Anwar Salleh (eksekutif)
  • Agnez Rozario (eksekutif)
  • Christinne Lim (eksekutif)
  • Sukhdev Singh (eksekutif)
  • Wicky V. Olindo (eksekutif)
  • Nana Azmi (penyelaras)
  • Abhilash Chandra (penyelaras)
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehNazim Shah
Muzik olehLuka Kuncevic (komposer utama)
Maveriq Studios (muzik tambahan)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
  • Astro Shaw (Malaysia & Singapura)
  • CBI Pictures (Indonesia)
Tarikh tayangan
  • 22 November 2018 (Malaysia)
  • 18 April 2019 (Indonesia)
Masa tayangan
138 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 8 juta
Pecah panggungRM 22.45 juta

Polis EVO 2 (juga dikenali sebagai Police Evo untuk keluaran Indonesia) ialah filem aksi komedi Malaysia 2018 diarahkan bersama oleh Joel Soh dan Andre Chiew serta merupakan kesinambungan daripada filem 2015 dengan tajuk sama dan filem kedua dalam siri filem Polis EVO. Barisan pelakon terdiri daripada Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hairul Azreen, Hasnul Rahmat, Shafie Naswip, Riz Amin, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Raline Shah, Mike Lucock, dan Tanta Ginting. Ia mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.

Penggambaran dijalankan dari Oktober 2017 dan berakhir pada Januari 2018, filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem serta telah meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM 20 juta dalam tempoh 17 hari, menjadikannya sebagai salah satu dari filem tempatan dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia. Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Polis EVO 2 sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018. Filem ini ditujukan khas bagi memperingati Allahyarham Rahmat Razali yang kembali ke Rahmatullah sebelum keluaran filem ini. Kesinambungan ketiga filem ini, Polis EVO 3 dalam penerbitan, dengan Syafiq Yusof menggalas tanggungjawab sebagai pengarah.