Hushairy Hussein
Hushairy Hussain | |
|---|---|
| Kelahiran | Hushairy bin Hussein 30 Ogos 1976 |
| Nama lain |
|
| Pendidikan | Diploma Seni Persembahan & Drama |
| Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2002–kini |
Hushairy Hussein (kadangkala dikreditkan sebagai Hushairi Husain; lahir 30 Ogos 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia terkenal dengan hasil kerjanya dalam filem. Menerusi watak Izrail dalam filem Polis EVO (2015) lakonannya, beliau telah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 dan Anugerah Skrin 2016.