BoBoiBoy: The Movie
| BoBoiBoy: The Movie | |
|---|---|
Poster pawagam Malaysia | |
| Pengarah | Nizam Razak |
| Penulis | Nizam Razak Anas Abdul Aziz |
| Berdasarkan | BoBoiBoy oleh Nizam Razak |
| Dibintangi | Nur Fathiah Diaz Anas Abdul Aziz Nizam Razak Dzubir Mohamed Zakaria Azman Zulkiply Nur Intan Syuhadah Yap Ee Jean Orked Shazwan Wong Wai Kay Usamah Widiatmoko |
| Muzik oleh | Yuri Wong |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios Grand Brilliance DNA Studios Entertainment One (Kanada) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 102 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bajet | RM5 juta |
| Pecah panggung | RM20 juta |
BoBoiBoy The Movie juga dikenali sebagai BoBoiBoy the Movie: Sfera Kuasa (Inggeris: Boboiboy the Movie: Power Sphere) adalah filem animasi komedi adiwira Malaysia 2016 yang diarahkan oleh Nizam Razak, yang juga menulis bersama skrip dengan Anas Abdul Aziz. Ia adalah filem penuh pertama Animonsta Studios, berdasarkan siri TV animasi mereka BoBoiBoy. Filem ini mengisahkan BoBoiBoy dan bersama rakan-rakannya Yaya, Ying, Gopal, Fang, Papa Zola, dan Adu Du dan Probe yang pergi dalam pengembaraan ke sebuah pulau misteri untuk mencari Ochobot, yang diculik oleh sekumpulan pemburu Sfera Kuasa asing yang dikenali sebagai Tengkotak supaya mereka boleh menemukan Sfera Kuasa purba yang lebih tua dari Ochobot.
Ceritanya berkisar tentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang mengembara ke sebuah pulau misteri untuk mencari Ochobot selepas dia diculik oleh sekumpulan makhluk asing pemburu harta karun. mempunyai kuasa tak terhingga dan lebih tua daripada Ochobot. Misi mereka membawa BoBoiBoy bertemu musuh yang paling hebat setakat ini, seorang pemburu harta karun yang ingin menggunakan Sfera Kuasa itu untuk kepentingan tamaknya sendiri.
Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia Singapura dan Brunei pada 3 Mac 2016, dan 13 April 2016 di Indonesia. Filem ini merupakan filem animasi tempatan dengan kutipan yang tertinggi sebelum diatasi oleh Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Sebuah filem kedua, BoBoiBoy Movie 2 telah ditayangkan 8 Ogos 2019.