Pablo Amirul

Pablo Amirul
Kelahiran
Amirul Hisyam bin Mohd. Sakri

(1985-02-01) 1 Februari 1985
PekerjaanPelakon, model, pelagak ngeri, pengacara
Tahun aktif2012–kini
SaudaraKim Fukazawa (adik)

Amirul Hisyam Mohd. Sakri atau lebih dikenali sebagai Pablo Amirul (lahir 1 Februari 1985) merupakan seorang pelakon, model dan pelagak ngeri Malaysia. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelakon tambahan dan model sambilan, beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon dalam beberapa filem besar serta pecah panggung termasuk Abang Long Fadil (2014), Polis EVO (2015) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022).