Azliyuszaini Mohd Noor
Yus Murai | |
|---|---|
| Kelahiran | Azliyuszaini bin Mohd Noor 1973 (umur 51–52) |
| Pekerjaan | Pelakon Pelagak ngeri |
| Tahun aktif | 2005–kini |
Azliyuszaini bin Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Yus Murai adalah seorang pelakon yang mula bergiat aktif dalam seni lakon pada tahun 2005. Pada Tahun 2007 beliau ditawarkan berlakon di dalam iklan Hari Raya Petronas- Burung Murai yang berjaya memaut hati penonton. Teater pertama beliau adalah sebagai salah seorang watak utama dalam pementasan bertajuk Mahsuri di bawah arahan Seniwati Fauziah Nawi. Pelakon kelahiran Johor sebelah bapa serta Pulau Pinang dan Perak sebelah ibu ini mula menjadikan lakonan sebagai karier utama bermula pada tahun 2007.