Janissari
| Janissari Tentera Baru | |
|---|---|
Janissari dipilih semasa berumur enam tahun di kalangan kanak-kanak Kristian, kebanyakannya penduduk Greek, yang tinggal di Anatolia dan semenanjung Balkan bagi menjadi pasukan tentera elit di empayar Uthmaniyyah. Sebilangan kecil kanak-kanak terpilih ini, sekiranya dianggap berbakat, akan menerima standard pendidikan yang lebih baik untuk dilatih sebagai golongan wizurai memerintah selain jurutera, arkitek, doktor dan ahli fizik. | |
| Aktif | 1363–1826 (1830 untuk Algier) |
| Kesetiaan | Empayar Uthmaniyah |
| Jenis | Infantri |
| Saiz | 1,000 (1400), 13,502 (1564), 37,627 (1609), 54,222 (1680) |
| Ibu pejabat | Adrianople (Edirne), Constantinople (Istanbul) |
| Penaung | Hajji Bektash Wali |
| Warna | Biru, Merah dan Hijau |
| Pertempuran | Pertempuran Kosovo, Pertempuran Nicopolis, Pertempuran Ankara, Pertempuran Varna, Pertempuran Chaldiran, Pertempuran Mohács, Pengepungan Vienna, dan lain-lain |
| Komander | |
| Pertama | Murad I |
| Terakhir | Mahmud II |
Paparan amaran: Page using Template:Infobox military unit with unknown parameter "religion"
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Angkatan Tentera Empayar Uthmaniyah |
| Pengerahan |
Janissari (berasal dari perkataan Turki Uthmaniyyah يڭيچرى Yeniçeri bermaksud "tentera baru") terdiri dari unit-unit infantri yang membentuk pasukan pengawal peribadi bagi keluarga dan sultan Uthmaniyyah. Pasukan ini dibentuk oleh Sultan Murad I pada tahun 1383 yang terdiri dari kanak-kanak lelaki Kristian yang dilevi melalui sistem devşirme dari negara-negara jajahan takluk empayar Uthmaniyah pada kurun ke-14 Janissari dibubarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun 1826 ekoran Kemalangan Penuh Bermakna di mana lebih 6,000 orang telah dihukum mati.