Devşirme

Devshirme (Turki Uthmaniyah: دوشيرمه, devşirme, adalah satu sistem di mana Empayar Uthmaniyah menghantar pegawai tentera untuk memilih anak-anak lelaki yang berumur sekitar 8 hingga 18 tahun dari masyarakat Kristian di kawasan timur dan selatan Eropah, khususnya rantau Balkan dan Anatolia. Anak-anak yang dikerah akan memeluk agama Islam agar dilatih berkhidmat dengan kerajaan dalam ketenteraan atau perkhidmatan awam terutamanya Janissari. Keadaan peluang yang terbuka ini juga menyebabkan ada sebahagian orang tua yang memberi duit suapan kepada petugas untuk mengambil anak mereka menaikkan kedudukan keluarga.

Sistem ini dimulakan pada pertengahan abad ke 14 semasa pemerintahan Sultan Murad I untuk mengimbangi pengaruh bangsawan Turki yang semakin meningkat. Namun, sistem devşirme tidak disukai dan ditolak oleh penduduk setempat; malah ia turut dihujahkan bertentangan dengan syariat Islam. Dari abad ke-15 sampai akhir abad ke-17, 200–300.000 anak lelaki direkrut dengan sistem ini.

Pada pertengahan abad ke17, sistem ini secara beransur ansur mula diabaikan. Akhirnya sistem ini dimansuhkan semasa zaman pemerintahan Sultan Ahmet III.