Voynuk

Voynuk
AktifKurun ke-14 hingga ke-16
KesetiaanEmpayar Uthmaniyyah
JenisPasukan bantuan Kristian
PerananInfantri

Voynuk (kadang kala dipanggil voynugan atau voynegan) adalah anggota dalam kelas sosial istimewa tentera di empayar Uthmaniyyah yang diwujudkan pada tahun 1370-an atau 1380-an. Voynuk adalah golongan bukan Muslim yang dikecualikan daripada cukai, biasanya warganegara Uthmaniyah berketurunan Slav, dan juga Vlach bukan Slav yang berasal daripada Balkan, terutamanya dari wilayah selatan Serbia, Macedonia, Thessaly, Bulgaria dan Albania dan sedikit di Bosnia dan sekitar kawasan Danube–Sava. Voynuk tertakluk kepada Sanjak Voynuk yang mana bukan merupakan sebuah unit simpanan seperti sanjak lain tetapi unit organisasi berasingan dalam empayar Uthmaniyyah.