Peristiwa Bermakna

Peristiwa Bermakna (Turki Uthmaniyah: واقعه خيريه Vaka-i Hayriye "Peristiwa Beruntung" di Istanbul, واقعه شريهVaka-i Şerriyye "Kemalangan Tak Beruntung" di Balkan; bahasa Inggeris: Auspicious Incident atau Auspicious Event) merupakan pembubaran paksa kor janissari Empayar Uthmaniyah oleh Sultan Mahmud II pada 15 Jun 1826 berikutan suatu pemberontakan dilangsungkan kebanyakan dari 135,000 anggota Janissari menentang pemerintahan baginda.

Setelah pemberontakkan ini dikalahkan, para pemimpinnya dihukum mati, dan ramai anggotanya dibuang negeri atau dipenjara. Kor ini terbubar kemudian dibubarkan dan digantikan dengan pasukan tentera yang lebih moden.