Tentera Darat Uthmaniyyah (kurun ke-15 hingga ke-19)
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Angkatan Tentera Empayar Uthmaniyah |
| Pengerahan |
Tentera Darat Klasik Uthmaniyah adalah sebuah struktur ketenteraan yang diasaskan oleh Mehmed II, semasa penyusunan semula negara dan ketenteraan yang dilakukan oleh beliau. Ia merupakan sebuah penyusunan semula secara besar-besaran selepas penyusunan pasukan tentera tetap yang dilakukan oleh Orhan I yang mana tentera dibayar gaji berbanding pembahagian harta rampasan perang dan tanah. Pasukan tentera ini menjadi tulang belakang semasa Kebangkitan Empayar Uthmaniyyah. Struktur ketenteraan ini telah dibubarkan oleh Sultan Mahmud II pada 15 Jun 1826 dalam satu kejadian yang dikenali sebagai Peristiwa Menguntungkan berikutan usaha-usaha pembaharuan yang panjang.
Uthmaniyah merupakan antara negara pertama yang mengekalkan sebuah struktur ketenteraan tetap d Eropah sejak Empayar Rom. Tentera ini bermula pada kurun ke-14; ia kemudian dibubarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun 1826.