Perang Parsi-Uthmaniyyah

Perang Parsi-Uthmaniyah atau Perang Iran-Uthmaniyah merupakan satu siri-siri peperangan antara Empayar Uthmaniyyah dan dinasti-dinasti Safawiyyah, Afsharid, Zand dan Qajar dari Iran (Parsi) sepanjang kurun ke-16 sehingga kurun ke-19. Uthmaniyah yang terdiri daripada kawasan yang hari ini merupakan wilayah Turki pada kurun ke-15, secara beransur-ansur mula berkonflik dengan negara jirannya, Parsi, diketuai oleh Ismail I dari dinasti Safawiyyah. Dua negara ini menjadi musuh ketat, yang mana juga dipecahkan kerana berlainan mazhab, Uthmaniyah menganut mazhab Sunni manakala Safawiyyah pula adalah Syiah. Satu siri konflik ketenteraan berlaku selama berkurun-kurun di mana dua buah empayar ini bersaing untuk mengawal wilayah Anatolia timur, Caucasus, dan Iraq.

Nama peperangan Sultan Uthmaniyah Shah Parsi Perjanjian pada akhir peperangan Pemenang
Pertempuran Chaldiran (1514) Selim I Ismail I Tiada Uthmaniyah
Perang 1532–1555 Suleiman I Tahmasp I Perjanjian Amasya (1555) Uthmaniyah
Perang 1578–1590 Murad III Mohammad Khodabanda, Abbas I Perjanjian Constantinople (1590) Uthmaniyah
Perang 1603–1618, tahap pertama

Kakhetian Abbas I dan Kempen Kartlian

Ahmed I Abbas I Perjanjian Nasuh Pasha (1612) Parsi
Perang 1603–1618, tahap kedua Ahmed I, Mustafa I, Osman II Abbas I Perjanjian Serav (1618) Parsi
Perang 1623–1639 Murad IV Abbas I, Safi Perjanjian Zuhab (1639) Uthmaniyah
Perang 1730–1735, tahap pertama

Kempen Tahmasp 1731

Ahmed III, Mahmud I Tahmasp II Perjanjian Ahmet Pasha (1732) Uthmaniyah
Perang 1730–1736, tahap kedua Mahmud I Abbas III, Nader Shah Perjanjian Constantinople (1736) Parsi
Perang 1743–1746 Mahmud I Nader Shah Perjanjian Kerden (1746) Seri
Perang 1775–1776 Abdulhamid I Karim Khan Zand Tiada Basra ditawan oleh Persia, retaken by Ottomans three years later.
Perang 1821–1823 Mahmud II Fat′h-Ali Shah Qajar Perjanjian Erzurum (1823) Gencatan senjata

Antara beberapa penjanjian, Perjanjian Zuhab pada tahun 1639 dianggap sebagai paling penting,Templat:By whom? kerana ia mengesahkan sempadan TurkiIran dan IraqIran pada hari ini. Dalam perjanjian selepasnya, terdapat banyak rujukan terhadap Perjanjian Zuhab.