Perang Habsburg-Uthmaniyah
| Perang Habsburg-Uthmaniyyah | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah di Eropah | |||||||
Pertempuran Lepanto (1571) di sebuah lukisan oleh artis tidak diketahui pada akhir kurun ke-16 (Muzium Maritim Kebangsaan) | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Dinasti Habsburg: Empayar Suci Rom
Empayar Sepanyol
|
Empayar Uthmaniyah
| ||||||
Perang Habsburg-Uthmaniyah merujuk pada siri-siri pertempuran yang bermula pada kurun ke-16 sehingga kurun ke-18 antara Empayar Uthmaniyah dengan Habsburg (kemudian Empayar Austria), yang disokong oleh Empayar Suci Rom, Kerajaan Beraja Hungary dan Habsburg Sepanyol. Medan peperangan banyak terjadi dalam kempen-kempen daratan di Hungary (termasuk Transylvania dan Vojvodina), Croatia dan Serbia Tengah.
Menjelang kurun ke-16, Uthmaniyah menjadi ancaman serius kepada kuasa-kuasa Eropah, apabila kapal-kapal Uthmaniyah menyapu bersih pegangan wilayah Venice di Laut Aegea dan Laut Ionia; manakala kapal-kapal privatir Barbar yang disokong oleh Uthmaniyah pula merampas pegangan Sepanyol di Maghreb. Pembaharuan Protestant, Persaingan Habsburg-Perancis dan pelbagai konflik saudara di Empayar Suci Rom mengalih perhatian pihak Kristian daripada konflik mereka dengan Uthmaniyah. Sementara itu, Uthmaniyahjuga terpaksa berhadapan dengan Empayar Safavid Parsi serta Kesultanan Mamluk Mesir, yang mana berjaya dikalahkan dan digabungkan ke dalam empayar Uthmaniyah.