Pertempuran Chaldiran

39°05′19.87″N 44°19′37.19″E / 39.0888528°N 44.3269972°E / 39.0888528; 44.3269972

Pertempuran Chaldiran
Sebahagian daripada Perang Parsi-Uthmaniyyah

Tugu memperingati pertempuran di medan asal
Tarikh23 Ogos, 1514
Lokasi
Barat Laut Iran
Keputusan Kemenangan muktamad Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
Empayar Uthmaniyyah Empayar Safavid
Komandan dan pemimpin
Sultan Selim I Shah Ismail I
Kekuatan
60,000 100,000 212,000, artillery and janissary musketeer 55,000 orang 12,000 orang 40,000 orang 80,000
Kerugian dan korban
Kurang dari 2,000 orang Kira-kira 5,000 orang

Pertempuran Chaldiran atau Chaldoran (Parsi: چالدران, Turki: Çaldıran) berlaku pada 23 Ogos 1514 dan berakhir dengan kemenangan untuk Empayar Uthmaniyyah ke atas Empayar Safavid dari Parsi. Akibatnya, Uthmaniyah mendapat penguasaan segera ke atas timur Anatolia dan utara Iraq. Pertempuran ini menandakan permulaan bagi 41 tahun peperangan yang menghancurkan kedua-dua empayar Islam yang hanya berakhir pada tahun 1555 dengan Perjanjian Amasya. Kesemua kehilangan Safavid bagi kawasan yang diduduki oleh penganut Syiah di Parsi, seperti Azerbaijan, Luristan dan Kirmanshah, adalah sementara yang kemudiannya dapat dirampas semula. Bagaimanapun, kehilangan Iraq, selain Kurdish dan Armenia di timur Anatolia, adalah kekal.

Di Chaldiran, Uthmaniyah memiliki pasukan yang lebih besar dan lebih baik dengan jumlah antara 60,000 sehingga 200,000 orang, sementara pasukan Iran sekitar 40,000 orang. Shah Ismail I, yang cedera dan hampir ditawan dalam pertempuran ini, meninggalkan istana dan berundur daripada pentadbiran kerajaan selepas isteri-isteri beliau ditawan oleh Selim I, dengan sekurang-kurang seorang daripadanya mengahwini negarawan dari Uthmaniyah. Pertempuran ini mempunyai kepentingan sejarah bukan hanya menolak idea bahawa Murshid daripada Syiah-Qizilbash tidak boleh runtuh, tetapi juga memperincikan sempadan Uthmaniyah-Safavid dan menyebabkan para ketua Kurdi menukar persetiaan mereka daripada Safavid kepada Uthmaniyah.