Murad I

Murad I
  • Bey
  • Emîr-i a’zam
  • Gazi
  • Han
  • Hüdavendigâr
  • Sultânü’s-selâtîn
  • Melikü’l-mülûk
Miniatur Murad I daripada manuskrip abad ke-16
Sultan Empayar Uthmaniyyah (Padishah)
PemerintahanMac 1362 – 15 Jun 1389
Didahului olehOrhan
Diikuti olehBayezid I
Keputeraan29 Jun 1326
Bursa, Beylik Uthmaniyyah
Kemangkatan15 Jun 1389(1389-06-15) (umur 62)
Padang Kosovo, Daerah Branković
PemakamanOrgan dikebumikan di Tomb of Murad I, Kosovo
42°42′07″N 21°06′15″E / 42.70194°N 21.10417°E / 42.70194; 21.10417
Jenazah dikebumikan di Türbe Sultan Murad, Osmangazi, Bursa
Suri dampingGülçiçek Hatun
Thamara Hatun
Paşa Melek Hatun
Lain
Anakanda
Antara lain
Savci Bey
Bayezid I
Yakub Çelebi
Nefise Hatun
Nama penuh
Murad bin Orhan
DinastiUthmaniyyah
AyahandaOrhan
BondaNilüfer Hatun
AgamaIslam Sunni
Tughra

Murad I (Turki Uthmaniyah: مراد اول; digelar Hüdavendigâr - from Parsi: خداوندگار, Khodāvandgār - "the God-like One"; Serbia: Мурат 1. / Murat I; Turki: I. Murat Hüdavendigâr) (Mac atau 29 Jun, 1326, Sogut atau Bursa – 15 Jun, 1389, Pertempuran Kosovo Polje) ialah pemerintah Empayar Uthmaniyyah, Sultan dari Rûm, bermula pada tahun 1361 sehingga 1389. Baginda ialah anak lelaki kepada Orhan I dan Sultan Valide Nilüfer Hatun (yang mana namanya bermaksud Lili Air dalam Turki), anak perempuan kepada Putera dari Yarhisar atau Puteri Theodora Kantakouzene dari Byzantine (juga dinamakan Nilüfer), yang berketurunan etnik Greek dan menjadi sultan berikutan kemangkatan ayahanda beliau pada tahun 1361 dan kemangkatan kakandanya sebelum itu, Süleyman Pasha.

Murad I menakluki Adrianople, menamakannya kepada Edirne, dan pada tahun 1363 menjadikannya ibu kota baru Kesultanan Uthmaniyyah. Kemudian baginda meluaskan lagi kerajaan Uthmaniyyah di Eropah Selatan dengan membawa sebahagian besar Balkan di bawah pemerintahan Uthmaniyyah, dan memaksa putera raja Serbia dan Bulgaria serta maharaja Byzantine John V Palaiologos untuk memberi penghormatan kepadanya. Murad I secara pentadbiran membahagikan kesultanannya kepada dua wilayah iaitu Anatolia (Asia Kecil) dan Rumelia (Balkan).