Sipahi

Sipahi (Turki Uthmaniyah: سپاهی dari kata Parsi: سپاه, rumi: sepâh "tentera darat"; juga harfiahnya sebagai Spahi, Sepahi, dan Spakh; secara tradisinya dirujuk sebagai Spahia atau Spahiu dalam bahasa Albania, Σπαχής Greek dan Spahija - Cyrillic спахиjа, спахия — dalam bahasa Bosnia, bahasa Croat, bahasa Serbia, bahasa Macedonia dan bahasa Bulgaria) adalah nama yang diberikan kepada seberapa unit tentera berkuda Uthmaniyah.

Askar-askar upahan Syarikat Hindia Timur Inggeris turut diberi gelaran sipahi atau nama Inggerisnya sepoy (melalui Portugis sipae, juga dimelayukan sebagai sepoi).