Pertempuran Mohács

Pertempuran Mohács
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah di Eropah dan Perang Hungary-Uthmaniyyah

Pertempuran Mohács pada tahun 1526 oleh Bertalan Székely
Tarikh29 Ogos, 1526
Lokasi
Mohács, Baranya, di selatan Budapest, Hungary
Keputusan Kemenangan muktamad Uthmaniyah; Penamat Perang Hungary-Uthmaniyah, Permulaan Perang Habsburg-Uthmaniyah
Pihak yang terlibat
 Empayar Uthmaniyah Kerajaan Hungary
Croatia
Kerajaan Bohemia
 Empayar Suci Rom
Negeri-Negeri Paus
Kerajaan Poland
Komandan dan pemimpin
Sulaiman I


Kekuatan

~55,000-65,000

  • 45,000 tentera tetap
  • 10,000 tentera kerahan
  • 160 meriam
~35,000-40,000 (realitinya 26,000 tiba) meriam (85 pada awalnya) dan arquebusier
10,000 János Szapolyai, 5,000 tentera Frankopan Croatia dan tidak kesemua pasukan Bohemia tiba di medan pertempuran pada masa yang diperlukan.
Kerugian dan korban
1,500 ~ 14,000 hingga 20,000

Pertempuran Mohács (Hungary: mohácsi csata atau mohácsi vész, Turki: Mohaç savaşı atau Mohaç meydan savaşı) adalah satu pertempuran yang berlaku pada 29 Ogos, 1526 berdekatan Mohács, Hungary. Dalam pertempuran ini, pasukan tentera dari Hungary yang diketuai oleh Raja Lajos II dari Hungary telah dikalahkan oleh tentera empayar Uthmaniyah yang dipimpin oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni.

Kejayaan Uthmaniyah menyebabkan pepecahan Hungary untuk selama beberapa kurun di antara empayar Uthmaniyah, monarki Habsburg dari Austria dan prinsipaliti Transylvania. Kematian Lajos II semasa menyelamatkan diri dari pertempuran menjadi penamat kepada dinasti Jagiellon, yang mana dinasti ini kemudian disatukan oleh Habsburg melalui perkahwinan dengan adik perempuan Louis.