Parti Keadilan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat
ڤرتي كعاديلن رعيت
人民公正党
மக்கள் நீதிக் கட்சி
SingkatanPKR atau KEADILAN
PresidenDato Seri Anwar Ibrahim
Setiausaha agungFuziah Salleh (2024–)
Timbalan PresidenPuan Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden
PengasasWan Azizah Wan Ismail & Anwar Ibrahim
Diasaskan4 April 1999 (1999-04-04) sbg keADILan
3 Ogos 2003 (2003-08-03) sbg PKR
PecahanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Didahului olehParti Keadilan Nasional
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
Kuching, Sarawak
Keanggotaan1.91 juta (Setakat November 2023)
IdeologiKeadilan sosial
Progresivisme
Demokrasi liberal
Nasionalisme
Hak politik rakyat
Kerjasama semua kaum
Semangat perpaduan Malaysia
Hak asal Sarawak & Sabah
Hak bangsa Borneo
Kedudukan politikBerhaluan kiri
Hubungan kebangsaanPakatan Rakyat (2003-2015)
Pakatan Harapan (sejak 2016)
Hubungan antarabangsaLiberal International (2016-2023?)
WarnaBiru muda     
Tapak sesawangwww.keadilanrakyat.org
Pautan lain
Dewan Negara Malaysia
11 / 70
Dewan Rakyat Malaysia
31 / 222
Dewan Undangan Negeri
37 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
2 / 13
Majlis Tempatan Perundangan Daerah
0,000 / 1,311
Simbol pilihan raya
Bendera parti
sunting · sunting di Wikidata


Parti Keadilan Rakyat (singkatan: PKR atau disebut juga KEADILAN) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ia ditubuhkan pada tahun 2003 hasil gabungan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) namun begitu PRM menarik semula sokongan untuk gabungan parti mereka dengan KeADILan. Ia adalah salah satu daripada tiga parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH). PKR merupakan parti politik kebangsaan yang mempunyai keanggotaan majoriti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

PKR merupakan sebahagian daripada anggota komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menerajui Kerajaan Perpaduan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor dan 3 EXCO, Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan 2 EXCO, 2 EXCO di Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang dan Perak dan 1 EXCO di Kerajaan Perpaduan Pahang serta 1 Menteri Kabinet Sabah.