Menteri Besar Negeri Sembilan


Negeri Sembilan
منتري بسر نڬري سمبيلن
Penyandang
Dato Seri Utama Aminuddin bin Harun
sejak 14 Ogos 2023 (2023-08-14)
Kerajaan Negeri Sembilan
GelaranYang Amat Berhormat
Anggota bagiDewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Lapor kepadaDewan Undangan Negeri Sembilan
Bidang kuasaNegeri Sembilan
KediamanKampung Tanjung, Rantau, Seremban, Negeri Sembilan
PusatTingkat 5, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan
Dilantik olehTuanku Muhriz dan Undang yang Empat
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang yang Empat
Tempoh jawatanSelagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Penjawat sulungAbdul Malek bin Yusof
Dibentuk1 Februari 1948 (1948-02-01)
Tapak webwww.ns.gov.my
sunting · sunting di Wikidata

Menteri Besar Negeri Sembilan ialah suatu jawatan eksekutif tertinggi bagi mengetuai kerajaan negeri di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia mula dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud dengan perlantikannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang yang Empat selaku Raja bersama. Lazimnya Menteri Besar dipilih dalamkalangan anggota parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.