Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar | |
|---|---|
Nurul Izzah pada 2023 | |
| Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ke-6 | |
| Menyandang jawatan 23 Mei 2025 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Didahului oleh | Rafizi Ramli |
| Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Lantikan) | |
| Dalam jawatan 2022–2025 Berkhidmat with Awang Husaini Sahari, Saraswathy Kandasami | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat | |
| Dalam jawatan 2014–2018 | |
| Didahului oleh | Rafizi Ramli, Shamsul Iskandar, Tian Chua, |
| Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Didahului oleh | Muhammad Bakhtiar Wan Chik |
| Ketua PKR Cabang Permatang Pauh | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Permatang Pauh, Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
| Digantikan oleh | Muhammad Fawwaz Mat Jan |
| Majoriti | 2,895 (2008) 1,847 (2013) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Lembah Pantai, Kuala Lumpur | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 7 April 2018 | |
| Didahului oleh | Shahrizat Abdul Jalil |
| Digantikan oleh | Fahmi Fadzil |
| Majoriti | 2,895 |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Nur Izzah binti Anwar 19 November 1980 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (2008-2015) Pakatan Harapan |
| Pasangan | Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (k. 2003; c. 2015) Yin Shao Loong (k. 2022) |
| Pertalian | Allahyarham Dato' Dr. Ibrahim Abdul Rahman (Datuk sebelah bapa) Allahyarham Dato' Dr. Wan Ismail Wan Mahmood (Datuk sebelah ibu) |
| Anak | Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar (Anak perempuan) Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar (Anak lelaki) Yin Yu Zhou (Anak tiri) |
| Ibu bapa | Dato Seri Anwar Ibrahim (bapa) Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (ibu) |
| Tempat belajar | University Tenaga Nasional (BE) Johns Hopkins University (MA) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Laman web | nurulizzah.com |
Puan Nurul Izzah binti Dato' Seri Anwar (Jawi: نور العزة بنت أنور; lahir 19 November 1980) merupakan aktivis politk Malaysia berketurunan Melayu yang mempunyai sejarah perkhidmatan yang panjang sebagai penggubal undang-undang, aktivis, serta pejuang dan penyokong perubahan sosial. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan (ACFIN) bersama Tan Sri Hassan Marican sejak Februari 2023.
Beliau telah berkhidmat sekejap sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Ekonomi dan Kewangan sebelum Encik Nurhisham bin Hussein, mantan Ketua Pakar Ekonomi KWSP, menyandang jawatan tersebut di Pejabat Perdana Menteri. Beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari Mei 2018 hingga November 2022 dan Lembah Pantai dari Mac 2008 hingga Mei 2018.
Beliau ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terdahulu. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden PKR dari November 2010 hingga peletakan jawatannya pada Disember 2018 dan kembali menyandang dari Julai 2022. Beliau berkhidmat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dari 2018 hingga 2022 dan merupakan Jurucakap KEADILAN bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau juga merupakan ahli aktif Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) untuk Memperbaharui Penjara dan Tempat Tahanan. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Bil dari Disember 2018 hingga Julai 2019.