Pilihan raya di Malaysia
Pilihan raya di Malaysia termasuk pilihan raya jawatan awam bagi entiti politik yang sejak 1963 telah membentuk persekutuan Malaysia. Pada masa ini, pilihan raya di Malaysia wujud pada dua peringkat: peringkat persekutuan dan peringkat negeri. Pilihan raya peringkat persekutuan ialah pilihan raya bagi keanggotaan di Dewan Rakyat (Malaysia) Dewan Rakyat, dewan rendah di Parlimen MalaysiaParlimen, manakala pilihan raya peringkat negeri adalah bagi keanggotaan dalam Dewan Undangan Negeri yang pelbagai. Ketua-ketua cabang eksekutif di peringkat persekutuan dan negeri, masing-masing Perdana Menteri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri, biasanya dipilih secara tidak langsung, diisi oleh ahli parti pakatan majoriti dalam badan perundangan masing-masing. Walaupun mana-mana negeri boleh membubarkan dewannya secara berasingan daripada Parlimen Persekutuan, amalan tradisi kebanyakan DUN dibubarkan pada masa yang sama dengan Parlimen, kecuali Sabah dan Sarawak, walaupun kedua-dua negeri ini telah mengadakan pilihan raya serentak dengan seluruh negara, seperti yang berlaku untuk Sabah dalam pilihan raya dari 2004 hingga 2018, dan di Sarawak pada 1969 dan 1974. Amalan mengadakan pilihan raya serentak terganggu berikutan krisis Kemelut politik Malaysia 2020–2022 politik Malaysia 2020–2022]], dengan hanya tiga negeri mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum parlimen Pilihan raya umum Malaysia 2022 2022.