Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang
Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang
Tempoh22 Januari 2019 - kini
Pemasyhuran29 Januari 2019
Didahului olehTengku Abdullah
Tengku Panglima Besar Pahang
Tempoh18 Jun 2018 - 22 Januari 2019
Pemasyhuran18 Jun 2018
Didahului olehTengku Ibrahim
Diikuti olehTengku Azlan
KeputeraanTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Abdullah
(1995-09-17)17 September 1995 (Umur 30 tahun dan 28 hari
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia
Nama penuh
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
KerabatBendahara Kesultanan Pahang
Ayahanda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
BondaTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
AgamaIslam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan2019 – kini
Pangkat Kapten
UnitRejimen Askar Melayu Diraja

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (diputerakan pada (1995-09-17)17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan Tengku Mahkota Pahang.

Baginda merupakan putera kedua kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.