Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi | |
|---|---|
| أليکزيندر ننتا ليڠݢي | |
Alexander Semasa PRU-15 | |
| Menteri Kerja Raya | |
| Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Abdul Rahman Mohamad (2022-2023) Ahmad Maslan (2023-kini) |
| Didahului oleh | Fadillah Yusof |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kapit, Sarawak | |
| Menyandang jawatan 1999 | |
| Didahului oleh | James Jimbun Pungga |
| Majoriti | 12,402 (PRU-15) 10,479 (PRU-14) 9,731 (PRU-13) MTB (PRU-12) MTB (PRU-11) 11,016 (PRU-10) |
| Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Timbalan | Rosol Wahid |
| Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
| Timbalan | Rosol Wahid |
| Didahului oleh | Saifuddin Nasution Ismail |
| Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
| Raja | Abdul Halim Muhammad V |
| Perdana Menteri | Najib Razak |
| Menteri | Shafie Apdal (2013-2015) Ismail Sabri Yaakob (2015-2018) |
| Didahului oleh | Joseph Entulu Belaun |
| Digantikan oleh | Sivarasa Rasiah |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Alexander Nanta Linggi 16 Jun 1958 Crown Colony of Sarawak (Sekarang Sarawak, Malaysia) |
| Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (sehingga-2018) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018-Sekarang) |
| Pasangan | Datin Angelina Celestine Ujang |
| Saudara | Leonard Linggi Jugah (Bapa) Jugah anak Barieng (Datuk) Wilson Ugak Kumbong (sepupu) |
| Pekerjaan | Anggota Parlimen |
| Gaji | RM43,637.33 sebulan |
| Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 Kabinet Malaysia 2023 Kabinet Malaysia 2020 |
Dato Sri Alexander Nanta Linggi (lahir 16 Jun 1958) merupakan ahli politik Malaysia dari Parlimen Kapit, negeri Sarawak dan kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya selepas Kerajaan Perpaduan mempunyai mejoriti didalam Parlimen. Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 03 Disember 2022. Beliau adalah dari parti Gabungan Parti Sarawak dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan kini bersama dengan komponen parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Beliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sehingga Mei 2018. Beliau adalah cucu kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pertama iaitu Jugah anak Barieng dan anak bekas ahli politik Leonard Linggi. Beliau juga merupakan ahli perniagaan, setelah berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd. Alexander menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010, yang membolehkan beliau menggunakan gelaran kehormat 'Datuk'. Pada 16 Mei 2013, selepas kemenangannya dalam pilihan raya 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak.