Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
| Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang | |||||||||
Sultan Abdullah pada 2019 | |||||||||
| Sultan Pahang | |||||||||
| Pemerintahan | 11 Januari 2019 - kini | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Ahmad Shah | ||||||||
| Tengku Mahkota | Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah | ||||||||
| Yang di-Pertuan Agong ke-16 | |||||||||
| Pemerintahan | 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024 | ||||||||
| Pertabalan | 30 Julai 2019 | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Muhammad V | ||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Ibrahim | ||||||||
| Perdana Menteri | Lihat semua
| ||||||||
| Timbalan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | ||||||||
| Keputeraan | Tengku Abdullah ibni Tengku Ahmad Shah 30 Julai 1959 (umur 66 tahun, 2 bulan dan 15 hari) Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya (Kini Malaysia) | ||||||||
| Isteri |
| ||||||||
| Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
| Ayahanda | Sultan Ahmad Shah | ||||||||
| Bonda | Tengku Ampuan Afzan | ||||||||
| Agama | Islam | ||||||||
| Tandatangan | |||||||||
| Ketenteraan Malaysia | |||||||||
| Kesetiaan | Malaysia Pahang | ||||||||
| Perkhidmatan | Tentera Darat Malaysia | ||||||||
| Tahun perkhidmatan | 1978–kini | ||||||||
| Unit | |||||||||
| Rekod pingat | ||
|---|---|---|
| Polo | ||
| Mewakili Malaysia | ||
| Sukan Asia Tenggara | ||
| 1983 Singapura | Kejohanan lelaki | |
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Jawi: السلطان عبدﷲ رعاية الدين المصطفى بالله شاه; ⓘ diputerakan pada 30 Julai 1959) ialah Sultan Pahang era moden yang ke-6 sejak 11 Januari 2019 selepas ayahanda baginda, Sultan Haji Ahmad Shah turun takhta.
Baginda juga telah menaiki takhta kerajaan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selama 5 tahun dari 2019 hingga 2024, di mana baginda melafaz sumpah dalam sebuah istiadat yang gilang-gemilang pada 31 Januari 2019 di Istana Negara, Jalan Duta. Baginda sebelum ini telah menyandang jawatan sebagai Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.