Amy Mastura

Amy Mastura
امي مستورة
Amy ditemuramah dalam MeleTOP pada 2015.
Kelahiran
Amy Mastura binti Suhaimi

(1971-05-10) 10 Mei 1971
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Pelawak, Komposer, Pengacara, Penerbit, Model, Jurucakap Produk
Tahun aktif1989–kini
PasanganAlvin Tham Suffian (k. 2000)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Suhaimi Mohamed Ramli (bapa)
  • Che Pora Din (ibu)
SaudaraMazuin Hamzah (sepupu)
Mazlan Hamzah (sepupu)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Balada, Pop Rock, Jazz, Rege, Pop Alternatif
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Diskografi Amy Mastura
Syarikat rakamanPony Canyon
Amy Mastura Entertainment
Sony Music
Kegiatan berkaitanNing Baizura, Glenn Fredly, Ziana Zain, Ella, Anuar Zain, Tommy Page,

Amy Mastura Suhaimi (lahir 10 Mei 1971) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak, komposer dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang pesara tentera, beliau cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an. Antara anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, beliau telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan merakamkan sebanyak 93 lagu dan single, jualan album beliau mencecah 5 juta unit.

Pada Mac 2011, Mastura menjadi duta baru Kosé, jenama kosmetik Jepun. Beliau menjadi wanita Melayu pertama menjadi duta Kose.