KRU Music
| KRU Music Sdn. Bhd. | |
|---|---|
| Syarikat induk | KRU Berhad |
| Diasaskan | 22 Ogos 1995 |
| Pengasas | Dato' Norman Abdul Halim |
| Status | Aktif |
| Genre | Pelbagai |
| Negara asal | Malaysia |
| Lokasi | KRU Headquarters, Level 6, Tower 5, Sky Park @ Cyberjaya, Jalan Teknokrat 1, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia |
| Tapak web rasmi | www |
KRU Music Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai KRU Publishing Sdn Bhd), merupakan sebuah syarikat rakaman Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Ogos 1995 oleh penyanyi, pencipta lagu dan penerbit - Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim yang dikenali sebagai KRU.
Dengan pengkhususan dalam genre muzik Pop, Tarian, R&B dan Hip hop KRU Music merupakan salah satu label bebas yang berpengaruh dan berjaya di Malaysia, Singapura dan Brunei sehingga kini. Artis pertama yang bernaung di bawah KRU Music merupakan kumpulan pop lima anggota wanita yang dikenali sebagai kumpulan Elite. Artis lain yang turut bernaung di bawah label KRU Music adalah kumpulan Indigo, X Factor, Juliana Banos, Dr Kronik, Pretty Ugly, Ezlynn, Phyne Ballerz, Trez, Anita Sarawak, Rabbani, Adam, Dafi, The Lima, Mendua, Pianka and Flava. Pada tahun 2008, kesemua entiti perniagaan yang dimiliki oleh KRU Berhad disatukan di bawah satu syarikat yang dikenali sebagai KRU Studios.