Rozita Che Wan

Rozita Che Wan
Kelahiran
Rozita binti Abu Bakar @ Che Wan

(1973-03-09) 9 Mac 1973
Nama lainChe Ta
PekerjaanPelakon, pengacara, penerbit
Tahun aktif1993–2004 (sebagai model)
2005–kini (sebagai pelakon)
Pasangan
  • Azuar Effendy Zulkaply (k. 1995; c. 2003)
  • Zain Saidin (k. 2013)
Anak-anak3
SaudaraAyu Raudhah (adik)

Rozita Abu Bakar @ Che Wan (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta; lahir 9 Mac 1973) ialah seorang pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Biarpun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum, terutama mengenai perhubungan dan perkahwinannya dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom "Oh My English!", Zain Saidin.