Anuar Zain
Anuar Zain | |
|---|---|
Anuar Zain sewaktu membuat persembahan di Konsert Lelaki Ini di Istana Budaya | |
| Kelahiran | Shahrul Anuar bin Zain 15 Februari 1970 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 1985–kini |
| Ibu | Robiah Abdul |
| Bapa | Allahyarham Zain Abdullah |
| Saudara | Ziana Zain (kakak) Arul Zain (adik) Ernie Zakri (anak saudara) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, Balada, R&B |
| Alat muzik | Vokal |
| Diskografi | Lihat: Anuar Zain discography (en) |
| Syarikat rakaman | Anuar Zain Network Sdn. Bhd. |
| Kegiatan berkaitan | Camelia, Dayang Nurfaizah, Hetty Sarlene, Amy Mastura |
| Laman web rasmi | www.anuarzain.com.my |
Shahrul Anuar Zain (lahir 15 Februari 1970) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik serta bapa saudara kepada penyanyi, Ernie Zakri. Antara lagu-lagu beliau yang hits ialah seperti "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu", "Lelaki Ini", dan terbaru "Sedetik Lebih". Anuar dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi dengan nilai kira-kira RM50,000. Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar Zain mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.