Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh Sijil SPM
AkronimSPM
JenisPeperiksaan awam
Agensi pengendaliLembaga Peperiksaan Malaysia
Pengetahuan / kemahiran yang diujiMengaplikasi, Menganalisis, Menilai, Mencipta
TujuanPensijilan
Tahun dimulakan1964
Tempoh peperiksaan1-3 jam
Julat markah / gredA+ hingga G
Tempoh sah markah / gredSeumur hidup
Negara / Wilayah Malaysia
Bahasa utamaBahasa pengantar utama: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Bahasa elektif: Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Iban, Bahasa Dusun, Bahasa Semai , Bahasa Punjabi
Jumlah calon tahunan402,918 (2024)
Yuran ujianPercuma untuk pelajar sekolah. Peperiksaan ulangan dan calon persendirian dikenakan yuran berubah-ubah.
Kadar kelayakan94.0 (2024)
TarafSetaraf dengan GCE O-level
Laman webhttps://lp.moe.gov.my/index.php/peperiksaan-pentaksiran/peringkat-menengah-atas/sijil-pelajaran-malaysia-spm

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan sekolah menengah.

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau Asasi. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu KSSM menggantikan format lama KBSM. Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR) yang digunakan diperingkat antarabangsa.

CalonTahun380,000400,000420,000440,000460,000480,00020072011201520192023Bilangan calonJumlah keseluruhan calon berdaftar Sijil Pel...