Ernie Zakri
Ernie Zakri | |
|---|---|
ارني زكري | |
Ernie semasa penggambaran kulit album Aura | |
| Kelahiran | Nur Ernie Shahirah binti Zakri 23 Jun 1992 |
| Pendidikan | Ijazah Muzik |
| Pusat pendidikan |
|
| Pekerjaan | |
| Tahun aktif | 2009–sekarang |
| Pasangan | Syamel (k. 2021) |
| Anak-anak | 1 |
| Ibu | Rafiaah Mohamed |
| Bapa | Zakri Ahmad |
| Saudara | Ziana Zain (ibu saudara) Anuar Zain (bapa saudara) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Balada, Pop & R&B |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | FMC Music Rocketfuel Entertainment Universal Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan | Tomok, Syamel |
Nur Ernie Shahirah Zakri (lahir 23 Jun 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009. Pada tahun 2018, beliau bersama rakan duet Syamel, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32. Selain itu, beliau merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.