Sultan Mahmud Shah III

Sultan Mahmud Riayat Syah III
Sultan Johor-Pahang
Pemerintahan1761 – 12 Januari 1812
Didahului olehSultan Ahmad Riayat Shah
Diikuti olehSultan Abdul Rahman Muazzam Shah
Bendahara
Lihat senarai
Yang Dipertuan Muda
Lihat senarai
KeputeraanRaja Mahmud ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
24 Mac 1756
Tanjung Pinang, Kepulauan Riau
Kemangkatan12 Januari 1812(1812-01-12) (umur 55)
Daik, Kepulauan Lingga
Pemakaman12 Januari 1812
Masjid Jami' Sultan Lingga, Daik, Kepulauan Lingga
Pasangan1. Inche Engku Puteh binti Bendahara Tun Abdul Majid
2. Inche Makuh binti Inche Jaafar (Daeng Maturang)
3. Inche Mariam binti Dato’ Hasan
4. Engku Puteri Raja Hamidah binti Yang Dipertuan Muda Raja Haji Fisabilillah
Anakanda1. Sultan Hussein Muhammad Shah
2. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
3. Tengku Putri Bulang
WangsaWangsa Bendahara
AyahandaSultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
BondaTengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak
AgamaSunni Islam

Sultan Mahmud Riayat Shah III ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V (24 Mac 1756 – 12 Januari 1812 ) ialah Sultan Johor ke-15 dan Sultan Pahang ke-22 dari tahun 1761 hingga tahun 1812.

Semasa pemerintahan baginda, negeri Pahang dikurniakan kepada Bendahara Tun Abdul Majid pada tahun 1770, Pulau Penyengat di Kepulauan Riau dikurniakan sebagai mas kahwin kepada isteri keempat baginda, Engku Puteri Raja Hamidah binti Yang Dipertuan Muda Raja Haji Fisabilillah pada tahun 1803, dan negeri Johor dan pulau Singapura serta pulau-pulau di sekitarnya dikurniakan kepada Temenggung Tun Abdul Rahman pada tahun 1806.