Pertempuran Lepanto (1571)

Pertempuran Lepanto
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah-Venice Keempat dan Perang Habsburg-Uthmaniyyah

The Battle of Lepanto, artis tidak diketahui, akhir kurun ke-16.
Tarikh7 Oktober 1571
Lokasi
Teluk Patras, Laut Ionia
Keputusan Kemenangan muktamad Liga Suci
Pihak yang terlibat

Liga Suci:

 Empayar Uthmaniyah
Komandan dan pemimpin

Tentera Laut Liga Suci:
Tengah:

  • John dari Austria
    • Sebastiano Venier
    • Marcantonio Colonna

Kiri:

  • Agostino Barbarigo 

Kanan:

  • Gianandrea Doria

Simpanan:

  • Álvaro de Bazán
Tentera Laut Uthmaniyyah:
Tengah:
Sufi Ali Pasha 
Kanan:
Mahomet Sirocco 
Kiri:
Occhiali
Kekuatan

212 kapal

  • 6 galleasses'
  • 206 geliung

28,500 askar
40,000 kelasi dan pendayung

1,815 meriam

251 kapal

  • 206 geliung
  • 45 galliot

31,490 askar
50,000 kelasi dan pendayung

750 meriam
Kerugian dan korban
7,500 mati
17 kapal musnah
20,000 mati, cedera atau ditawan
137 kapal dirampas
50 kapal karam
12,000 Kristian dibebaskan

Pertempuran Lepanto merupakan sebuah pertempuran laut yang berlaku pada 7 Oktober 1571 di antara armada Liga Suci, sebuah perikatan negara-negara maritim Katolik Eropah yang disusun oleh Paus Pius V, diketuai oleh seorang Laksamana Sepanyol Don Juan dari Austria dan hampir keseluruhan dibiayai oleh Empayar Sepanyol, berjaya mengalahkan armada laut Empayar Uthmaniyyah di pinggir utara Teluk Corinth, luar pantai barat Greece. Tentera Uthmaniyah belayar ke arah barat daripada pangkalan laut mereka di Lepanto (Turki: İnebahtı; [Ναύπακτος atau Έπαχτος Naupaktos atau Épahtos] Error: {{Lang-xx}}: text has italic markup (help)) bertemu dengan pasukan Liga Suci, yang mana tiba daripada Messina, Sicily, di mana mejadi tempat mereka berkumpul sebelumnya.

Kemenangan Liga Suci menghalang Empayar Uthmaniyah daripada berkembang jauh ke jajaran pantai Laut Mediterranean di sebelah benua Eropah. Lepanto menjadi pertempuran laut utama di Mediterranean yang melibatkan kapal-kapal jenis geliung dan menjadi mempunyai kepentingan simbolik dan sejarah kepada beberapa sejarahwan.